,
Hiburan

Masih Terkesan Pemergian Liam, Zayn Malik Tangguh Jelajah Konsert Solo

Umirah Halim
20/10/2024
14:55 MYT

Penyanyi terkenal, Zayn Malik memilih untuk mengangguhkan konsert jelajah solo Amerikanya iaitu ‘Stairway To The Sky’ selepas masih terkesan dengan berita kematian sahabatnya iaitu mendiang Liam Payne pada Rabu.

Tangguh konsert jelajah

Zayn atau nama lengkapnya Zain Javadd Malik mengumumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagram Story nya.

“Memandangkan kehilangan menyayat hati yang dialami minggu ini, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan lawatan STAIRWAY TO THE SKY Tour AS.

“Tarikhnya akam dijadualkan semula pada bulan Januari dan saya akan menyiarkannya sebaik sahaja ia ditetapkan dalam beberapa hari akan datang,” tulisnya.

Pada akhir hantaran tersebut, penyanyi berusia 31 tahun itu juga turut meluahkan ucapan terima kasih buat peminat yang memahami situasi yang dialami.

“Tiket anda akan kekal sah untuk tarikh baharu. Sayang anda semua dan terima kasih kerana memahami,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Maut Akibat 25 Kecederaan, Liam Payne Dihalau Beberapa Hotel Sebelum Mati

​BERITA TRENDING: "Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Selain Zayn serta Liam, kumpulan One Direction dianggotai tiga orang ahli lain iaitu Niall Horan, Harry Styles dan Louis Tomlinson.

Terdahulu, Liam ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat Liam di bahagian patio hotel berkenaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni