,
Hiburan

Jatuh Balkoni & Ditemui Mati, Ini 7 Kematian Selebriti Yang Mengejutkan Dunia

Gempak
20/10/2024
13:55 MYT
Kematian selebriti kebiasaannya mengundang perhatian peminat seluruh dunia apatah lagi jika ia berlaku secara mengejut dan pada usia muda.
Banyak bakat besar di pentas Hollywood seperti Michael Jackson, Amy Winehouse, Paul Walker, Whitney Houston meninggalkan dunia ini secara tragis dan tiba-tiba, sekali gus membuatkan peminat berduka dengan pemergian mereka.
Terbaharu kematian bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, 31, turut mengundang kejutan kepada yang meminatinya. Artikel ini meneroka senarai selebriti yang meninggal secara mengejut.
Liam Payne
Nama Liam Payne,kembali hangat diperkatakan selepas berita kematiannya dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini.
Penyanyi berasal dari England itu dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni Hotel Casasur Palermo di Argentina.
Menurut kenyataan saksi iaitu pekerja hotel, anak bongsu daripada tiga beradik itu dikatakan berkelakuan pelik kerana menimbulkan kekacauan di lobi hotel.
Sehingga kini, siasatan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu masih dijalankan. Pemergian Payne merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik dan peminatnya seluruh dunia.
Paul Walker
Dunia hiburan antarabangsa pada 2013 dikejutkan dengan berita kematian pelakon hebat, Paul Walker.
Paul Walker, 40, yang popular menerusi filem Fast & Furios telah terbabit di dalam sebuah kemalangan di Santa Clarita, Los Angeles.
Walker terbunuh selepas Porsche Carrera GT dipandu rakannya, Roger Rodas hilang kawalan sebelum merempuh pokok sebanyak tiga kali dan terbakar pada satu laluan di Santa Clarita, Los Angeles, Amerika Syarikat pada November 2013.
Whitney Houstan
Pada 2012, dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.
Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.
Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu I Will Always Love You dan album tahunan bagi The Bodyguard.
Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan pada Februari 2012.
Michael Jakson
Michael Jackson, 50 tahun, berita kematian penyanyi terkenal ini pada Jun 2009 mengejutkan seluruh dunia. Michael dilaporkan mengalami serangan jantung akibat dadah jenis propofol dan keracunan benzodiazepin.
Amy Winehouse
Amy Winehouse merupakan salah seorang artis yang meninggal dunia sewaktu kariernya berada di puncak.
Kematiannya pada usia yang sangat muda iaitu pada 27 tahunboleh dianggap sesuatu yang sangat menyayat hati peminat penyanyi yang berbakat besar ini.
Umum mengetahui punca kematian Amy adalah disebabkan keracunan alkohol.
Mendiang ditemui mati dikedamannya di Camden, London pada 23 Julai 2011.
Robin Williams
Pada Ogos 2014, media antarabangsa melaporkan pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya di utara California. Mendiang berusia 63 tahun.
Bahagian koroner syerif berkata, pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat asphyxia atau lemas. Media Amerika Syarikat melaporkan, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan.
Mendiang yang dianggap salah seorang penghibur paling diminati di Amerika Syarikat, Williams mulai mencipta nama menerusi sitcom televisyen Mork & Mindy.
Chadwick Boseman
Empat tahun berjuang melawan kanser usus, bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman akhirnya tewas apabila menghembuskan nafas terakhir, pada Ogos 2020.
Menerusi laporan AFP, bintang filem berusia 43 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles di sisi isteri dan ahli keluarganya. Berita pemergian Boseman diumumkan keluarga melalui akaun Facebook aktor berkenaan.
Dalam ucapan berkenaan, keluarga Boseman mendedahkan beberapa filem lakonan mendiang yang berjaya memikat penonton termasuklah Marshall, Da 5 Bloods dan Ma Rainy Black Bottom yang menjalani penggambaran ketika mendiang sedang mendapatkan rawatan kimoterapi dan beberapa siri pembedahan.
Namun, Boseman tidak pernah mendedahkan penyakit yang dideritai kepada pengetahuan umum.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Simon Cowell Kenang Kematian Liam Payne: “Anak Anda Punya Senyuman Seperti Anda”

gempak
19/10/2024
13:50 MYT
Dua hari selepas kematian Liam Payne, pengasas grup One Direction, Simon Cowell mencoretkan kedukaan di media sosial terhadap tragedi yang menimpa penyanyi itu.
Hollywood

Maut Akibat 25 Kecederaan, Liam Payne Dihalau Beberapa Hotel Sebelum Mati

gempak
19/10/2024
10:25 MYT
Kisah kematian tragis bekas anggota One Direction, Liam Payne pada 16 Oktober 2024 masih menjadi buruan pihak media antarabangsa.
Hiburan

Liam Payne Maut Lepas 48 Jam ‘Ditinggal’ Kekasih, Cakap: “Ini Hari Yang Indah…”

gempak
17/10/2024
13:25 MYT
Kematian bekas anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan jatuh daripada balkoni sebuah hotel di Argentina masih mengejutkan peminat.
Hiburan

Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

gempak
17/10/2024
01:30 MYT
Payne dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.
Hiburan

Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

gempak
16/10/2024
23:59 MYT
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
BorakSeeni