Sukan

Kakak Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Luah Rasa Kecewa Dengan Pemergian Adik - “Pasukan Perubatan Tiba Lambat”

Mya Amri
01/07/2024
04:15 MYT
Sponsor Banner
Kakak Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Luah Rasa Kecewa Dengan Pemergian Adik - “Pasukan Perubatan Tiba Lambat”
Kakak kepada pemain badminton China, Zhang Zhi Jie meluahkan rasa kesal terhadap pasukan perubatan yang didakwa lambat bertindak selepas adiknya rebah di gelanggang badminton.

Dakwa pasukan perubatan tiba lewat

Menerusi hantaran di media sosial, kakaknya berkata walaupun adiknya beberapa kali terkena sawan namun masih ada tanda-tanda dia kelihatan masih bernyawa.
“Bagaimana saya mahu menerimanya? Walaupun saya fikir ini adalah kesan terburuk disebabkan oleh pasukan perubatan yang tidak tiba pada tepat pada masanya dan lemah.

“Saya sedang menonton siaran langsung pada petang itu apabila dia rebah. Selepas beberapa kali sawan, dia masih mempunyai tanda-tanda bernyawa dan mengangkat kepalanya.

“Namun selapas menunggu sekian lama barulah kakitangan perubatan akhirnya tiba.
“Kami terus menghubungi jurulatih sehingga sekitar jam 9:30. Apabila dapat berhubung, kami dimaklumkan harapan terakhir adalah untuk dia dipindahkan ke hospital lain bagi menjalani rawatan.
“Akhirnya kami diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia. Dia baru berumur 17 tahun,” luahnya.
From Zhang Zhi Jie's sibling ?Credit: FB Linda Wong & X @369Kph pic.twitter.com/tvMxLa4kgn
— Z ??? (@theone_xyz) July 1, 2024

BERITA TRENDING: Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun

BERITA TRENDING: Pelajar Singapura Ini Meninggal Dunia Selepas Ujian Kecergasan Sekolah, Ibunya Pula Dermakan Organ Kepada 3 Pesakit Yang Memerlukan

BERITA TRENDING: Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

BERITA TRENDING: Ditendang Pihak Lawan, Atlet Silat Sukma Terengganu Meninggal Dunia

Terdahulu, khabar duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam Ahad.
Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
Sebelum kejadian Zhi Jie dilihat menunggu pukulan servis daripada pemain lawan, sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar