Berita
“Kematian Baby Syifa Bukan Satu Kemalangan” - Mahkamah Koroner
Mahkamah Koroner, hari ini memutuskan punca kematian Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri pusat asuhannya dekat Sendayan, dua tahun lalu disebabkan tekanan pada leher.
Kematian akibat tekanan pada leher
Koroner, Datin Surita Budin ketika membacakan keputusan itu berkata, kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.
"Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.
"Bagi tujuan inkues ini saya telah berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi apabila dilihat secara keseluruhannya, untuk mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Jenayah Popular Mahu Buka Semula Kes Amirul Nashriq, Penuntut UPNM Yang Belum Terbela
ARTIKEL BERKAITAN:Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"
ARTIKEL BERKAITAN:Aktor Terkenal India Ditangkap, Disyaki Dera Peminat Sampai Mati Kerana Komen Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN:Rhea Chakraborty Kongsi Kisah Dipenjara 28 Hari Lepas Kematian Mantan Kekasih Aktor Sushant Rajput
ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Tak Mahu Hubungan Sulit Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Siap Balut Dalam Plastik
Tambah beliau, keadaan itu akhirnya menyebabkan kematian bayi berkenaan yang membawa kepada satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Sumber: Harian Metro