Kenang Memori Nenek Anggun Berkebaya, Ini Cerita Di Sebalik Rekaan Kebaya Fan Bingbing Di Melaka!
Bagi setiap pereka fesyen tempatan, peluang untuk mencipta nama di persada antarabangsa tentu sekali menjadi sesuatu yang cukup diimpikan.
BERITA TRENDING:Dikatakan Lebih Sesuai Jadi Duta Pelancongan Melaka Berbanding Fan Bing Bing, Ini Komen Michael Ang
Bagi pereka fesyen terkenal tanah air, Khoon Hooi, dirinya berbangga apabila busana kebaya yang dihasilkannya antara yang diperagakan aktres dan ikon terkenal dari China, Fan Bingbing yang melawat Melaka minggu lalu.
BERITA TRENDING:Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”
Ramai yang terpesona melihat aktres terkenal itu menggayakan kebaya.
BERITA TRENDING:Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"
Kunjungan Bingbing ke Melaka dilihat cukup bertepatan dengan usaha Khoon Hooi dalam meraikan sejarah dan budaya Melaka sebagai sebuah destinasi tarikan pelancong, sekali gus menyerlahkan profil negeri itu sebagai destinasi premier untuk penerokaan budaya dan pelancongan.
“Kebaya Raline menampilkan busana rona merah jambu dan putih yang dihasilkan daripada fabrik bercorak bunga dengan sentuhan manik.
“Kebaya pendek dengan potongan sedikit ketat itu diserlahkan dengan perincian renda pada hujung baju yang kemudiannya dipadankan bersama skirt lilit dengan perincian manik,” kata kenyataan tersebut.
BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa
Sementara itu, Kebaya Aleeya pula cukup feminin dengan menampilkan kebaya potongan labuh yang diperbuat daripada fabrik kapas berperincian renda.
Kebaya Melambangkan Simbol Penghargaan Budaya
Busana yang digayakan Bingbing bukan saja menampilkan sisi kreatif Khoon Hooi, bahkan ia juga menjadi simbol penghargaan budaya dan gaya sofistikated, sekali gus menjadikan lawatan bintang jelita itu ke Melaka sebagai sesuatu yang diingati.