Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

Amri Hassan 14/04/2024 | 12:55 MYT
Momen pelakon Bella Astillah beraya di kediaman ahli politik Syed Saddiq pada Ahad mencuri tumpuan ramai.
Dalam pada beraya, Syed Saddiq sempat berkongsi kata-kata nasihat dan semangat buat Bella yang anggun berkurung kuning.
"Stay strong Bella. Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga," tulis Syed Saddiq di Instagramnya.
Perkongsian Syed Saddiq itu mendapat menarik pelbagai komen termasuk yang terus mendoakan kebahagiaan Bella.
Terdahulu, Bella mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

PILIHAN PEMBACA:“Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

BERITA TRENDING: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
#Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #Raya #Aidilfitri #Rumah Terbuka #Syed Saddiq #YB
;