Laman Utama

KKMM & FINAS Pantau Pematuhan SOP Di Pawagam

Asraf Aided
25/12/2020
15:39 MYT
Sponsor Banner
KKMM & FINAS Pantau Pematuhan SOP Di Pawagam
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di pawagam seluruh Malaysia, lapor BERNAMA.
Pihak FINAS dalam satu kenyataan semalam berkata, sebuah program Lawatan Santai ke pawagam telah dijalankan di Golden Screen Cinemas (GSC) Alamanda, Putrajaya kemarin bertujuan memantau pelaksanaan serta pematuhan SOP di situ.
Program berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM Tan Chuan Ou bersama Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nazri.
Difahamkan, Bilik Projektor GSC juga turut dipantau bagi melihat proses penayangan filem di pawagam.
Menurut FINAS, program itu juga mampu mengukuhkan hubungan strategik antara pihak KKMM, FINAS dan pemain industri pawagam dalam berdepan cabaran memulihkan ekonomi ekoran pandemik COVID-19.
Sejak 16 Disember lalu, operasi pawagam di ibu kota kembali dibuka selepas kerajaan tidak menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun bukan semua pawagam telah dibuka kerana ia hanya melibatkan beberapa kawasan terpilih sahaja setakat ini.
Sumber : BERNAMA Kredit Foto : The Sun Daily
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar