Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Kumpulan Pelaksana Dijangka Terima Kenaikan Gaji Sehingga 42.7%

Awani 07/08/2024 | 10:30 MYT
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu, kenaikan gaji yang melibatkan 692,828 kakitangan awam itu boleh diketahui bermula minggu depan.

BERITA TRENDING: Dr Say Shazril ‘Terduduk’ Bila Tahu Gaji ‘Content Creator’ Cecah RM80,000 Untuk 3 Konten - “Tiada Lagi Badan Yang Menyelia & Mengawal Harga…”

Menurutnya, kenaikan itu adalah yang tertinggi kepada kumpulan pelaksana setakat ini.
"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, yang akan mula diedarkan minggu depan adalah garis panduan berkait kenaikan gaji penjawat awam.
"Jadi insya-Allah bermula minggu depan, kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 42.7 peratus.
"Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala bagi kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha), Ketua Pengarah, peningkatannya lebih sederhana," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, Kerajaan Madani mengambil kira beberapa aspek melibatkan implikasi kewangan susulan pelaksana SSPA turut dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.
"Mesyuarat hari ini diingatkan beberapa aspek implikasi kewangan. Ia bukan hanya perlu di bawah ke mesyuarat Jemaah Menteri tetapi juga dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober di Parlimen.
"Untuk perincian terutamanya jumlah yang perlu diperuntukkan akan dapat diteliti dalam dokumen Belanjawan 2025," tambah Fahmi lagi.
Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam akan naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

BERITA TRENDING: Syarikat Ini Tolak Gaji RM60 Jika Lewat 5 Minit Sampai Ke Tempat Kerja!

BERITA TRENDING: Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan

BERITA TRENDING: Gadis Russia Ini Tidak Kisah Kahwin Lelaki Gaji RM2,300

Sumber: Awani
#Viral #Fahmi Fadzil #Gaji #Kerajaan #Penjawat Awam #Kumpulan Pelaksana
;