Hiburan
Lahir Dalam Keadaan Pramatang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia
Bayi sulung anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Meninggal ketika dilahirkan
Memetik laporan Harian Metro, bayi sulung itu meninggal dunia ketika dilahirkan.
Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang.
“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja.
Sementara itu, menerusi posting di Instagram Story, memaparkan Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.
Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN:Madu Marissa, Umisya Mazlan Hamil Anak Ketiga?
ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”
ARTIKEL BERKAITAN:Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”
ARTIKEL BERKAITAN:Lerai Kekeliruan, Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Madu
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand
Sebelum ini, Marissa Dania enggan diwawancara berhubung dakwaan sedang berbadan dua.
Marissa ketika ditemui media bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.
Sumber: Harian Metro