Nusantara
Lepas Dituduh Zina Sampai Cerai, Virgoun Ditangkap Kerana Dadah
Hidup penyanyi Virgoun nampaknya seperti semakin terumbang ambing.
Selepas kecoh dengan dakwaan curang sehingga melakukan zina sewaktu masih menikah sebelum akhirnya sah bercerai bersama Inara Rusli pada November tahun lalu, Virgoun kembali melalui episod hitam.
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla ditangkap polis Jakarta Barat kerana terlibat dengan kes dadah.
Ditangkap
“Benar (Virgoun ditangkap terkait dadah),” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan wakil pihak polis kepada media massa seperti dilaporkan Detik.com.
ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli Bingung Virgoun Saman Sebab Buka Telefon Bimbit Tanpa Izin, Minta Dipenjarakan
ARTIKEL BERKAITAN: Inara Pesan Virgoun & Kekasih Jangan Sampai Diserbu Jiran
ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun Tak Ngaku Berzina, ‘Penyondol’ Dakwa Tak Pernah Ada Hubungan Gelap
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Buka Purdah, Inara Rusli Akui Air Wuduk & Solat Malam Buat Diri Jadi Cantik
ARTIKEL BERKAITAN: Dikutuk Buka Purdah, Bersolek, Bekas Isteri Virgoun Minta Haters Block Dirinya
Namun pihak polis belum memberi kenyataan penuh mengenai kronologi penangkapan penyanyi berusia 37 tahun tersebut.
Selain jenis dadah dan lokasi tangkapan, nama penuh Virgoun juga tidak disebut kecuali menggunakan perkataan V.
“Ya, nama awalnya V,” katanya lagi.
Pihak polis mengatakan sedang menyelidik kes tersebut.