Hiburan

Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

Asyikin Mayudin
14/08/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”
Perkongsian ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman yang memberi ucapan hari lahir buat penyanyi itu di Instagram pada Selasa menarik perhatian netizen.

Doa Untuk Shila

Fauziah atau mesra dikenali sebagai Mamazie mendoakan agar anak sulungnya sentiasa dimurahkan rezeki selain menganggap usia kini dapat menjadi kesempatan untuk banyakkan beribadah.

“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah.

“Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus. Selamat hari lahir anakku Shila,” katanya menerusi Instagram miliknya yang turut memuat naik foto dia bersama Shila.

Sayang Shila

Pada perkongsian yang sama, Fauziah turut meluahkan rasa sayang terhadap anaknya itu dan mendoakan agar Shila menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Mak sayang kakak. Mak doakan kakak menjadi Isteri dan ibu yang baik, bahagia didunia dan diakhirat… Amin ya Allah ya Mujib,” ujarnya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari lahir buat Shila malah menganggap penyanyi itu bertuah masih mempunyai seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Terbuka Menerima Kunjungan Ibu & Adik Nak Datang Beraya - “Andai Kata Mama & Syada Mahu...”

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China - “Disebabkan Fitnah, Tergendala Kerja”

Sekadar info, konflik antara adik beradik Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila suami kepada pempengaruh media sosial, Ubai MZ itu mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Walau bagaimanapun, kenyataan Shila itu telah dinafikan dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Bukan itu sahaja, isu itu juga membuatkan Fauziah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya seakan sudah tidak mengenali diri anaknya, Shila.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar