Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

MADAD Pulang Semua... Makcik Sudah Dapat Bulu, Sepasang Telinga Lepas Tak Halalkan Daging Korban

Maliah Surip 22/06/2024 | 04:55 MYT

Kisah seorang ‘makcik’ atau peserta yang tidak menghalalkan daging termasuk sehelai bulu haiwan korbannya untuk dimakan diselesaikan dengan cara berhemah oleh pihak Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang menguruskan ibadat tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial termasuk Facebook dan TikTok, Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakob Yusra Mohd Yusuf mengatakan telah menyerahkan semua bahagian peserta korban tersebut termasuk bulu, kulit dan sepasang telinga lembu kepada wanita terbabit.
“Kita bagi telinga lembu bagi kat dia, pakej bukan satu kita bagi dua, bulu ini saya minta depa kutip, kita bubuh satu plastik, kak ambil bawa balik, kita bukan nak buat untung, kita bagi semua balik.
"Sebab itu dalam akad tengok elok kami tak dak keuntungan, berjaga sampai 4 pagi bukan nak kepada nama, kita nak bagi manfaat kepada orang, kalau kak buat korban 100 peratus nak, semua nak, lepas ini saya nasihatkan kalau macam itu sembelih sendiri, lapah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebabnya Kenapa Otot Daging Masih Bergerak-Gerak Walaupun Selepas Lembu Disembelih

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

"Sebab korban ini maknanya nak bagi manfaat kepada orang, bukan MADAD, kami tak ambil pun, jadi saya doa semoga Allah buka pintu hati," katanya.

Mohammad Yaakob Yusra juga menjelaskan pembahagian yang dilakukan sebelum ini dilakukan mengikut akad yang telah dipersetujui.
“Kami tidak ada masalah untuk serahkan semua bahagian sebab ini paling mudah, tapi masalahnya peserta berkenaan hanya ambil empat bahagian dan ada tiga baki peserta lain.
"Jadi tak boleh untuk ambil semua bahagian yang diminta sebab dalam akad awal sebelum korban kami sudah maklumkan untuk ambil satu pertiga dan baki kita serahkan kepada yang selayaknya, memang sudah angkat akad sebelum korban,” katanya.
Terdahulu tular kiriman pesanan seorang peserta korban meluahkan rasa tidak puas hati dan mengkritik cara pembahagian daging korban yang dianjurkan pihak MADAD.
“Ni makcik nak habaq (beritahu) makcik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini makcik tulis semua.

“Kalau tak bagi satu helai bulu pun makcik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama, cakap lain buat lain."

Difahamkan sebanyak 125 lembu dikorbankan oleh peserta yang dianjurkan MADAD pada Aidiladha tahun ini.

Proses ibadah itu dilakukan di belakang masjid MADAD di sini selama tiga hari bermula 17 Jun lalu.

#Korban #Lembu #MADAD
;