Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

Ainun
25/07/2024
17:55 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, anjuran ini merupakan detik paling penting dalam komuniti BEYBLADE untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 serta populariti yang berterusan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1999.
“Di FINAS, kami komited untuk menyokong dan mempromosikan industri kreatif tempatan, dan kami menggalakkan lebih ramai pemain tempatan untuk bekerjasama dengan jenama mega antarabangsa seperti BEYBLADE.

“Kolaborasi ini membolehkan industri kreatif kita bertambah baik dan membuka pintu untuk belajar daripada kejayaan jenama-jenama seperti BEYBLADE bagi mempertingkatkan pengalaman penonton baik di dalam negara mahupun di peringkat global,” kata beliau ketika merasmikan pertandingan BEYBLADE X SEA Cup di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Kongsinya, pertandingan ini bukan sahaja mampu menunjukkan semangat saing tetapi bakat para peserta untuk mempromosikan jenama BEYBLADE di Asia Tenggara.
Selain dari pelancaran SEA Cup, dua syarikat dari Jepun TAKARATOMY dan ADK Emotions Inc. telah menandatangi meorandum persefahaman MOU antara dua syarikat tempatan Animasia Studio Sdn. Bhd. dan One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP).

BERITA TRENDING: Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

BERITA TRENDING: Sukan SEA 2027: "Anggaran Kasar RM700 Juta" - Hannah Yeoh

Memorandum itu menggariskan peranan antara TAKARATOMY sebagai pemberi lesen & mainan utama, ADK Emotions Inc. sebagai pemberi lesen, Animasia sebagai pemegang lesen utama jenama BEYBLADE (bukan mainan, penerbitan & acara) di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei, dan OUP sebagai penganjur acara, rakan promosi dan pembangunan jenama.
Kerjasama ini bertujuan untuk memudahcarakan penganjuran acara BEYBLADE X berskala besar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun mendatang, mengembangkan jenama BEYBLADE melalui perkongsian strategik dan inisiatif pemasaran, dan berhubung dengan peminat tempatan, dengan Litt Tak Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengedar mainan rasmi di Malaysia.

BERITA TRENDING: Upin & Ipin Bakal Ada Game, Les’ Copaque Sasar Lancar Tahun Depan! - "Ini Game Mesra Keluarga"

BERITA TRENDING: Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

Usahasama ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai peminat di seluruh rantau Asia Tenggara, mendekati penyokong setia BEYBLADE, dan merekrut pemain baru melalui acara serantau sekaligus mempromosikan BEYBLADE X sebagai sejenis sukan kompetitif.

Siri TV BEYBLADE X

Sementara itu, penganjuran kejohanan ini juga diiringi dengan pelancaran siri TV BEYBLADE X terbaru di Astro CERIA, yang mula ditayangkan pada 18 Julai. Siri ini mengikuti pengembaraan watak-watak utama, Kurosu Ace, Kazami Bird, dan Nanairo Multi dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk menakluki X Tower.
Siri ini juga bekerjasama dengan kumpulan rock terkemuka Jepun, ONE OK ROCK dengan lagu tema ‘PROVE’ dan kumpulan K-Pop AESPA untuk lagu penutup ‘Zoom Zoom’. Walau bagaimanapun, pemilihan dua kumpulan itu boleh memanfaatkan populariti kedua-dua kumpulan muzik tersebut untuk menarik minat lebih ramai penonton.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar