Laman Utama

“Masa Tu Dah Start Menangis…”- Hospital Bersalin Swasta Tak Terima, Instafamous Bimbang Dipindahkan Ke Hospital Kerajaan

Syafiqah Jalal
04/05/2021
21:45 MYT
Sponsor Banner
“Masa Tu Dah Start Menangis…”- Hospital Bersalin Swasta Tak Terima, Instafamous Bimbang Dipindahkan Ke Hospital Kerajaan
Personaliti media sosial, Adira Salahudi berdepan dengan situasi panik apabila mengalami kontraksi kuat ketika usia kandungan baru mencecah 34 minggu.
Lebih mengejutkan lagi, ketika membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta dia dijangka bersalin bayi pra-matang pada bila-bila masa sahaja.
“Beberapa hari lepas Adira datang kontraksi ketika 34 minggu. Dari pukul 2 pagi hingga lah pukul 10 pagi. Tapi macam mild contraction. So Adira decide nak pergi check. I pergi Hospital Columbia since dekat dengan rumah.
“Doktor check bukaan dah 3cm and memang ada kontraksi. Masa itu Adira dah start menangis dah. Sebab takut nak beranak baby tak cukup bulan. Macam-macam dalam fikiran. Trauma nak beranak, tak ready lagi, fikirkan kandungan,” beritahunya.
Adira berkongsi pengalamannya itu di akaun Instagram miliknya.
Meneruskan ceritanya, Adira memberitahu lebih membuatkannya panik apabila hospital bersalin swasta ketika melahirkan anak pertama dulu tidak menerimanya, malah dia dihantar menaiki ambulans ke hospital kerajaan.
“Bila doktor cakap mungkin akan deliver, Adira and Ammar decide nak beranak dekat Columbia je alang alang dah dekat situ. Tapi tak diterima.
“Ammar call hospital bersalin, Andorra dan mereka pun tak terima kalau beranak tak cukup bulan. Lagi la Adira mental down sangat sangat.
“Dah admit dekat Columbia, doktor sana cakap kena transfer pergi HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) Klang. Dekat sana ada doc pakar and ada alat lengkap untuk baby premature.
“Allahu memang tak tahu nak explain macam mana. Tapi kalini walaupun bukaan 3cm Adira still boleh tahan sakit contraction tu. Arsel dulu 2cm pun dah meronta ronta sakit dia.
Then dari Columbia kena naik ambulans pergi ke HTAR. Sampai sampai je terus Ammar tak boleh nak masuk teman dah. Sebab hospital kerajaan memang tak bagi suami teman and tak dapat jumpa,” katanya lagi.
Meskipun pada awalnya bimbang dengan servis hospital kerajaan, namun Adira memberitahu sepanjang rawatan dia berasa selesa dan menerima layanan yang baik.
“Bermula la lagi drama dalam tu. Menangis tak berhenti. Datang doktor tu doktor ni. Check lagi bukaan. Ambil darah apa semua.
“Adira start panic takut semua lah. Pastu doc cakap kena cucuk ubat untuk matangkan paru paru baby since baby tak cukup bulan and cucuk untuk hentikan contraction supaya bukaan stop. Takut adira beranak.
“Ya Allah cucuk dexa ni Adira boleh kata lagi sakit dari epidural. Macam isi kena toreh hidup hidup sakit dia. I memang tak boleh explain la perasaan i masatu. Mix feeling!
“Tapi apa pun HTAR sangat sangat bagus. Docs & nurses semuanya baik. Adira risau banyak yang Adira dengar bila hospital kerajaan je layanan kasar kasar.
"Tu salah satu yang buatkan Adira takut juga. Haaa panjang nya nak cerita tak habis lagi ni,” ceritanya yang mengakhiri kapsyennya.
Adira mendirikan rumah tangga dengan seorang personaliti media sosial juga iaitu Ammar Azzizan pada September 2019 dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Arsel yang baru berusia tujuh bulan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar