• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
HIBURAN
Fasha Sandha Sarung Balik Baju Tunang 7 Tahun Lepas, Terima Anugerah Pingat Jasa Baik
VIRAL
Kanak-Kanak Pelarian Iran Cedera Parah Dihempas Lelaki Di Lapangan Terbang, Suspek; "Saya Berada Dalam Pengaruh ..."
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket

Izwan Isa
Izwan Isa
27/09/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Restoran makanan segera McDonald’s Malaysia membuat laporan polis berikutan isu viral berkenaan pekerja mereka yang mengenakan bayaran terhadap sos cili peket kepada pelanggan baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s Malaysia, hasil siasatan dalaman dan rakaman CCTV mendapati terdapat kesilapan awal di pihaknya yang memberikan jumlah sos cili tidak mencukupi.
Namun, pekerja di restoran tersebut kemudian menyediakan peket sos cili tambahan dengan segera seperti yang diminta oleh pelanggan.
“Pelanggan menjadi marah dan agresif pada ketika itu terhadap pekerja kami. Pelanggan tersebut berkeras untuk membayar 10 peket sos cili tambahan dan mendesak mengeluarkan resit pembelian ini.
“Sungguhpun pekerja kami cuba menjelaskan sos cili disediakan secara percuma, tetapi, pelanggan itu tetap mahu untuk dikenakan bayaran.
“Kami kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut yang bukan sahaja agresif tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian ini di media sosial. Laporan polis dibuat untuk memastikan keselamatan pekerja,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia menjelaskan yang peket sos cili ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.
“Kami juga memandang tinggi kru sebagai barisan hadapan yang konsisten berusaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia pada setiap masa.
“Kebajikan dan kesejahteraan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya.
Terdahulu, tular di Facebook mengenai seorang individu yang mendakwa McDonald’s mengenakan caj sebanyak RM10.60 untuk 10 peket sos cili di sebuah restorannya di Ayer Keroh, Melaka.
BACA: Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!​
BACA: McDonald’s Nafi Dakwaan Pelanggan Burger Makin Mengecut
Related Topics
#Laporan Polis
#McDonald's
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement