• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheqal Meninggal Dunia Dalam Tidur
HIBURAN
Hadiahkan Sejambak Bunga, Netizen Gembira Fattah Upload Foto Amira Othman Di IG, Siap Usik - “Kenapa Kawan Sekerja Saya Tak Pernah Pun Post Macam Ni”
HIBURAN
“Saya Komited Untuk Bersihkan Nama" - Naim Daniel
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Meerqeen Duduki Tangga Ke-62 Lelaki Terkacak Di Dunia, Kalahkan Mingyu & BTS Jin

Mya Amri
03/01/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Meerqeen Duduki Tangga Ke-62 Lelaki Terkacak Di Dunia, Kalahkan Mingyu & BTS Jin
Pelakon, Meerqeen berjaya menduduki tempat ke-62 dalam senarai 100 lelaki terkacak 2024dari media antarabangsa, TC Candler.

Tangga 62 daripada 100 lelaki terkacak dunia

Kedudukan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam diumumkan menerusi perkongsian di laman rasmi YouTube TC Candler baru-baru ini.
Ini merupakan tahun ketiga Meerqeen berada dalam dalam senarai 100 lelaki terkacak TC Candler dan merupakan calon tunggal dari Malaysia.

Kedudukan Meerqeen itu sekaligus melintas nama-nama besar bintang idola K-Pop iaitu Mingyu di kedudukan (94), Beomgyu (81), Wonho (70) dan BTS Jin (64).

Untuk info, TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu paling kacak dan jelita setiap tahun.
Penilaian biasanya berdasarkan populariti calon yang didominasi dan proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Dapat 9A SPM, Meerqeen Mahu Hadiahkan Kereta - “Memang Dah Janji Dengan Dia"

ARTIKEL BERKAITAN:Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”

Sebelum ini, anggota kumpulan BTS, V dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia pada tahun 2017 manakala anggota termudanya, Jungkook memegang gelaran itu pada tahun 2019.
Bagaimanapun pada tahun 2020 pula, YouTuber dari Sweeden, Felix Kjellberg memegang takhta berkenaan diikuti dengan model dan pelakon Myanmar, Phaing Takhon pada tahun 2021.
Manakala pelakon Hollywood, Henry Cavill merampas gelaran tersebut pada tahun 2022 dan Timothee Chalamet dinobatkan untuk tahun 2023.
Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya juga diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Related Topics
#TC Candler
#Meerqeen
#BTS Jin
#Lelaki Terkacak Dunia
#Mingyu
Must-Watch Video