Laman Utama

"Melentur Buluh Biar Dari Rebung" - Susah Nak 'Say No' Kepada Anak Tiri, Netizen Cuba Nasihat Caprice

Asraf Aided
31/12/2021
09:40 MYT
Sponsor Banner
"Melentur Buluh Biar Dari Rebung" - Susah Nak 'Say No' Kepada Anak Tiri, Netizen Cuba Nasihat Caprice
Rapper dan usahawan, Caprice akui dirinya tidak bersikap garang terhadap anak tiri, Aleesya Sofea.
Malah menurut Caprice, dia berasa amat sukar untuk memarahi atau berkata tidak kepada Aleesya yang suka bermanja dan sering berada di sisinya walaupun ketika sedang bekerja.
"Ramai juga orang tanya siapa lagi garang, Mak ke Daddy? Well obviously...the Mom.
"Memang susah untuk orang macam saya marah kanak-kanak yang sangat 'clingy'.
"Dari dulu sampai sekarang walaupun saya bekerja, mesyuarat, dia tetap akan duduk sebelah, peluk dan tanya macam-macam.
"Mak dia selalu risau kalau saya tak mula cakap tidak, bimbang dia membesar jadi terlebih manja, korang rasa? Macam mana nak kata tidak pada budak comel ni," kongsinya.
Meninjau reaksi netizen, mereka memberikan respon berbeza. Ada juga yang berpegang kepada peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
"Say no bila awak perlu cakap tidak Cap, ingat selalu peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya," tulis netizen di ruangan komen,
"Cuba cakap tidak dan terangkan kenapa, kanak-kanak akan faham juga akhirnya," kata seorang lagi pengguna Instagram.
"Suka tengok Cap jadi Daddy, bahagia dan tenang!" kata yang lain.
Baru-baru ini, Caprice membuat kejutan apabila berkahwin tanpa sebarang hebahan media dengan isterinya Farra Inalis Hussni, 26, yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu.
BACA: "Ya, Alhamdulillah Dia Dah Kahwin... Wanita Kelantan, Baik Orangnya" - Pengurus Peribadi Caprice
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar