Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

Mya Amri
12/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.

Kes buli serius

Menerusi ciapan di aplikasi X, Naim memaklumkan adalah tidak masuk akal untuk sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dengan kes buli serius secara berkali-kali.
Kata Naim lagi, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap pendapatnya berkenaan dengan institusi pengajian tinggi berkenaan.

“At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. “Jangan datang dekat aku dan kata aku takkan faham tradisi sesebuah institusi. “Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ni.

“Dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?” tulisnya. Terdahulu, seorang penuntut tahun satu UPNM cedera parah serta retak pada bahagian tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.
Difahamkan, mangsa telah dipijak oleh pelajar senior tahun tiga dalam satu kejadian yang berlaku pada 21 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lagi Kes Buli, Penuntut UPNM Retak Tulang Rusuk & Tulang Belakang Dipijak Senior

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Buli Pegawai Kadet UPNM: Mangsa Ditekap Seterika Pada Bahagian Dada Ketika Disuruh Gosok Baju Senior

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Sangka Kes Arwah Anak Yang Terakhir, Ia Masih Berulang" - Bapa Arwah Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

ARTIKEL BERKAITAN:"Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar