Hiburan
Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Tak Ada Komen
Michael Ang, 48, memberitahu segala tindakan susulan dari pihaknya bakal diselesaikan oleh peguamnya terhadap syarikat pengurusan, Armani Entertainment."Tak ada komen, biar peguam saya yang selesaikan. Tak ada tindakan daripada saya, Malaysia ni ada banyak lagi masalah besar.
"Peguam pun dah beri amaran dekat saya supaya jangan cakap apa-apa, isu ni tak perlu dibesar-besarkan pun," katanya ketika dihubungi Gempak.
Sekadar info, Armani Entertainment mengambil tindakan saman terhadap Michael Ang atas dakwaan telah melanggar kontrak yang sudah ditandatangani bernilai RM500,000.
BERITA TRENDING:Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"
BERITA TRENDING:Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok
BERITA TRENDING:“Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan
BERITA TRENDING:Dikatakan Lebih Sesuai Jadi Duta Pelancongan Melaka Berbanding Fan Bing Bing, Ini Komen Michael Ang
Kes akan disebut pada 5 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Tindakan itu dijelaskan sendiri oleh CEO Armani Entertainment Sdn Bhd, Datuk KK Chua yang diwakili oleh Lim Zi Hwei dan Syed Ahmad Naqiuddin Syed Mohammad Rizal daripada ZI & Associates.