Gaya Hidup

Najis Burung Merpati Penyebab Jangkitan Paru-Paru

Gempak
02/07/2024
14:45 MYT
Sponsor Banner
Najis Burung Merpati Penyebab Jangkitan Paru-Paru
Orang ramai diingatkan supaya mengelakkan diri daripada terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan jangkitan paru-paru merpati atau ‘pigeon lung’.
Public Health Malaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, penyakit tersebut boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria daripada najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.
“Kuman kulat histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru kronik.
“Selain itu, boleh ada jangkitan cryptococcus neoformans dan psittacosis (Ornithosis),” kata hantaran itu.

BERITA TRENDING: Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati

BERITA TRENDING: 2 Hari Sebelum Ramadan, Nonny Nadirah 'Payung' Video Baru Pegang Burung Merpati... Maksudnya Apa?

BERITA TRENDING: Penguin Halal Dimakan? Dr Zulkifli Jawab Hukum Makan Daging Haiwan Comel Ini

BERITA TRENDING: Nyaris Baham Burung Kakak Tua Peliharaan, Dayana Roza Kongsi Detik Cemas Ular Sawa Masuk Rumah - “Nasib My Husband…”

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengelakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati.
“Jika anda membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024