Laman Utama

Netizen Gelar Hawa Rizwana Mangsa Fesyen, Ini Jawapan Empunya Badan

Asyikin Mayudin
06/06/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Gelar Hawa Rizwana Mangsa Fesyen, Ini Jawapan Empunya Badan
Penampilan pengacara Hawa Rizwana yang memakai baju berwarna merah jambu ketika mengacarakan program MeleTOP pada minggu lalu mendapat pelbagai respon daripada netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen beranggapan pakaian tersebut tidak sesuai dan pengacara berusia 27 tahun itu disifatkan sebagai mangsa fesyen.
Netizen turut menasihati pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan untuk lebih berhati-hati ketika memilih pakaian memandangkan dirinya seorang ‘public figure.’
Bagaimanapun Hawa ketika dihubungi Gempak mengakui dia masih dalam proses belajar dalam industri seni termasuklah dari segi fesyen.
“Saya masih lagi dalam proses belajar dalam industri dari banyak aspek termasulah dari segi berfesyen ni,” kata Hawa kepada Gempak.
Sebelum ini, Hawa pernah dikritik gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf - "Saya Akan Lebih Berhati-hati"
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024