Laman Utama

Dikecam Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf - “Saya Akan Lebih Hati-Hati”

gempak
Amri Hassan
20/12/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf - “Saya Akan Lebih Hati-Hati”
Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf ekoran pemakaian seluar lateks terlalu ketat ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.
Hawa, 27, menerima segala teguran dengan hati terbuka selain menegaskan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini.
"Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini. Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati sesiapa dan menerima setiap komen dengan positif.
"Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu,” katanya kepada Gempak.
Hawa ditemui pada majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di Four Seasons Place, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Bagaimanapun, Hawa menjelaskan dia akan bertanyakan pendapat kenalan terdekatnya sebelum memuatnaik sesuatu foto.
"Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
"Jika perkongsian itu tidak bersesuaian, saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
"Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf," katanya.
Terdahulu, Hawa yang mengenakan seluar jenis lateks berwarna hitam ketat dan dipadankan dengan baju-T gelap beserta jaket menerima teguran daripada segelintir pengikutnya di media sosial.
Penampilan sedemikian kata netizen disifatkan tidak sesuai dengan imej muslimah yang sentiasa dibawanya sebelum ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live