Laman Utama

Netizen Meroyan Harga Kerepek Ubi Kentang Azfar Heri Merepek! - "Mentang-Mentanglah Dia Influencer"

Amri Hassan
26/06/2021
02:45 MYT
Sponsor Banner
Netizen Meroyan Harga Kerepek Ubi Kentang Azfar Heri Merepek! - "Mentang-Mentanglah Dia Influencer"
150 gram dijual dengan harga RM20, itu harga produk terbaharu kerepek ubi kentang keluaran kolaborasi personaliti media sosial, Azfar Heri.
Kerepek ubi kentang yang diberi nama Srikandi x Azfarheri Potato Chips itu dikatakan punyai rasa rangup, masin dan berkrim.
Dakwa netizen menerusi ciapan di Twitter baru-baru ini, biarpun sudah didiskaunkan sebanyak RM2 harga produk itu masih merepek dan tidak masuk akal!
"Are you kidding me? 150g pack harga gini? Just becaouse ada nama influenza (influencer)," ciap seorang pengguna.
Hal itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya membandingkan dengan harga kerepek ubi kentang yang dijual di pasaran semasa termasuk yang tidak punyai jenama.
Lebih lucu apabila ada yang turut membandingkan harga itu dengan harga BTS meal yang sedang tular satu dunia.
"BTS yang dikenali satu dunia pun jual BTS meal lagi murah dari yang ini.
"Jap lagi cakap you are not the target market.
"Not surprise, lilin yang si Azfar jual pun agak Yahudi harganya.
"Orang meniaga dia pun sibuk nak meniaga. Pastu letak harga melampau. Kualiti belum tentu okey. Bila tak ada orang beli, salahkan Melayu tak support bangsa sendiri.. Dahlah tak lawak," komen beberapa pengguna.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan komen yang dilontarkan netizen dan menyifatkan individu punyai pilihan untuk membeli produk yang diingini mengikut keperluan dan kemampuan sendiri.
"Dah 2021. Harap dah ramai yang ada kesedaran untuk tidak membeli product sebegini.
"Kepada yang mampu, silakan.
"Kepada yang tidak seberapa, harap boleh beli product lain. Jangan dah beli, lepas tu ko dok carut yang bukan-bukan. Cakap lagi baik beli nasi bungkus la, apa la," ciap seorang pengguna secara neutral.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar