,
Laman Utama

Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”

Azwa Rahman
25/08/2021
02:50 MYT
Aktor kacak Fikry Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sebuah video mengusik ibu tercinta, Bibi Zaleha, 73 tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Fikry, 27, memuat naik video berdurasi hampir tiga minit bersama ibunya untuk tatapan umum.
“Aktiviti harian saya di rumah,” tulis Fikry di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama ibu antaranya menjahit, membersihkan kawasan kampung, memasak dan bersukan.
Namun ibunya memberikan respon ketawa setiap kali Fikry mengulas lanjut mengenai aktivit harian kerana dia seolah-olah berbohong dan sekadar berlawak.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi dua beranak itu dan ada yang memohon agar Fikry tidak membuat pengumuman perkahwinan sehari sebelum majlis berlangsung seperti yang dilakukan aktor Remy Ishak.
“Hat ni kalau kawin pun bagitau awai naa. Jangan macam abang Remy nanti ramai kecewa,” tulis wargamaya tersebut.
Di ruangan balas komen tersebut, rata-rata wargamaya bersetuju jika Fikry tidak merahsiakan percintaannya agar peminat tidak patah hati.
Cukup-cukuplah kecewa abang Remy kawin tiba-tiba,” komen seorang wargamaya.
Dapat tolong bungkus telur pun jadilah. Janji habaq awai nak kawin tu. Sambil tolong bungkus telur, suruh DJ bukak lagu Pelamin Angan Ku Musnah. Allah menusuk syahdu,” kata seorang wargamaya.
Setuju, habaq sebulan awai naa, boleh kami menangis awai-awai biar banjir pastu majlis dia tak jadi,” usik seorang wargamaya.
Baru terdetik dalam hati time Remy kawin, “Remy takpa tapi kalau Fikry memang murung”. Okay gurau ja nanti laku cheq marah,” ujar seorang wargamaya.
The next tall, dark and handsome. Pujaan Malaya,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Pada Mac lalu, Fikry pulang ke kampung halamannya di Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya yang diserang angin ahmar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Hujung Waktu..." - Remy Ishak

gempak
11/10/2024
11:55 MYT
Dalam satu hantaran di TikTok, pelakon filem The Experts itu berjanji akan menjaga anaknya itu sebaik mungkin sehingga ke hujung nyawanya.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Unitar