,
Laman Utama

“Kena Minor Stroke, Ibu Lupa Nama Saya..” - Kongsi Kesihatan Terkini Ibu, Air Mata Fikry Ibrahim Tumpah

Azwa Rahman
08/07/2022
02:45 MYT
“Isteri boleh ganti, kawan boleh cari, anak boleh buat anak baru, mak hanya ada itu satu sahaja..”
Itulah jawapan aktor kacak Fikry Ibrahim apabila ditanya mengenai keadaan dirinya yang sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya yang sedang sakit.
Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, dia berasa sayu setiap kali menceritakan kesihatan ibunya yang menderita serangan strok ringan sejak dua tahun lalu.
“Sekarang kalau orang tanya saya, duit tak boleh beli kebahagiaan tu, saya percaya. Kalau satu hari nanti dia (ibu) dah tiada, duit yang saya kerja tu sia-sia.
“Bila dia sakit, kadang-kadang dia kembali ke zaman dia muda, jadi dia lupa. Pada satu masa, dia pernah lupa nama saya.
“Sepanjang hidup, tak pernah mak lupa nama saya. Jadi bila pertama kali dia kena minor stroke, dia lupa nama saya, saya tak mahu benda tu jadi dah,” cerita Fikry sehingga menitiskan air mata.
Membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, Fikry akui dia akan mengambil peluang menjaga dan memberi tumpuan pada ibunya setiap kali waktu cuti.
“Saya cuba padatkan jadual saya, bila saya cuti, saya terus balik Kedah.
“Saya dah jarang main media sosial sebab saya banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Saya kena fokus pada mak saya.
“Saya nak, selagi dia hidup, saya tak mahu menyesal satu hari nanti.
“Saya ada adik-beradik lain, pakcik, makcik yang jaga mak jugak tapi kita gilir-gilir. Saya bersyukur keluarga saya sangat baik, semua pun berebut nak jaga mak, nak cari pahala,” jelasnya kepada Gempak.
Fikry ditemui pada majlis pengumuman 16 finalis Dewi Remaja yang diadakan di Z Botanica by Nicsmann, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
Akan pulang ke Jitra bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga, pelakon drama bersiri popular Nusyuz Berkiblat Cinta itu menganggap tugas menjaga ibunya adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seorang anak.
“Saya minta maaf, bab mak saya sedih sikit. Menjaga ibu tu satu kewajiban pada saya. Mungkin bukan pengorbanan besar mana pun tapi saya tahu dulu bila saya nak baju, kasut, mak saya cuba belikan.
“Sekarang bila saya dah besar, dah kerja, apa yang dia minta saya tak mahu cakap tak boleh, saya nak bolehkan apa sahaja. Dia nak apa, saya akan belikan.
“Walaupun masa PKP saya tiada tawaran kerja, mungkin berkat saya jaga mak ke apa, ada je duit sampai sekarang, tak pernah putus,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fikry bakal menggalas tugas sebagai pengacara bagi program pencarian Dewi Remaja edisi 2022 yang akan mula bersiaran pada 16 Julai, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

Filem Rahsia Tembusi Pasaran Kemboja, Tukar Judul Bahasa Lokal ទាយាទស្នងអាគម

gempak
19/01/2024
14:23 MYT
Filem seram versi reboot, Rahsia terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.
Laman Utama

“Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?

gempak
27/07/2023
14:50 MYT
Elok je dukung tiba-tiba jatuh.
Laman Utama

Line Up Power! Ada Nabila Huda, Fikry Ibrahim Dan Eman Manan, Filem Rahsia Versi Reboot Bakal Tayang Ogos Ini!

gempak
13/07/2023
06:15 MYT
Line semua power!
Unitar