HIBURAN
Nur Nilam Sari Selamat Bernikah, M. Nasir Dendangkan Lagu Khas di Majlis Pernikahan - “Imagine Your Daddy Buat Lagu Untuk You”
Puteri kepada penyanyi legenda, Datuk M. Nasir, iaitu Nur Nilam Sari, selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Rahman Sahard’din, pada Sabtu.
Menerusi perkongsian penyanyi Mafarikha di Instagram, majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung secara tertutup di The Agam, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat sahaja.
Lebih istimewa, M. Nasir turut mendendangkan lagu Nur Nilam Sari, yang pernah dicipta khas untuk puterinya itu, sebagai hadiah di majlis pernikahan.
Dalam video yang dikongsikan, Nilam kelihatan sebak ketika ayahnya menyampaikan lagu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyatakan betapa bertuahnya Nilam kerana mempunyai seorang bapa yang mencipta lagu istimewa untuknya.
"The real Nur Nilam Sari. Bayangkan ayah anda buat lagu khas untuk anda dan menjadi siulan ramai. Tahniah!"
“Imagine your daddy buat lagu utk you ❤️
“Tahniah Nur Nilam Sari..tahniah tok M Nasir.
“Nampak sngt menantu tu die hard fan yer😁.
"Pengantin lelaki nampak bangga dapat bapa mertua M. Nasir. Tahniah! Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah." kata netizen.
Sekadar info, Nur Nilam Sari adalah anak kelima hasil perkahwinan pertama M. Nasir dengan Junainah Johari.
Allahyarhamah Junainah meninggal dunia akibat asma pada 8 Ogos 1998.
BERITA BERKAITAN: Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kelik Kelantan Selepas 25 Tahun - "Saya Akui Tak Mudah..."
BERITA BERKAITAN: Datuk M.Nasir Hidupkan Semula Lagu Klasik Hampir Dilupakan 'Nuri Terbang Malam'
BERITA BERKAITAN: M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26
BERITA BERKAITAN: "Kita Akan Dapat Jumpa Komposer Macam Allahyarham S Atan 10 Tahun Sekali" - M Nasir
Must-Watch Video