Viral

Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go

Maliah Surip
05/05/2024
13:00 MYT
Sponsor Banner
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Lawrence Kozak yang pernah berkhidmat sebagai paderi di St. Thomas More Parish dituduh mengunakan sekitar RM19,000 daripada duit tabung gereja tersebut untuk bermain permainan atas talian termasuk Mario Kart, Candy Crush dan Pokémon Go.
Paderi tersebut juga didapati bermain di beberapa permainan judi termasuk Cash Frenzy, Willy Wonka Vegas Casino Slots dan Wizard of Oz Slot Machine Game.
Kesemua permainan judi tersebut tidak memberi pulangan wang sebenar kepada pemenang namun membenarkan pemain membayar menggunakan duit betul.
Menerusi pertuduhan terhadap jenayah yang dilakukan, Kozak telah menghabiskan sebanyak RM1,000 di Apple ID dan sebanyak RM19,000 merupakan duit yang digunakan daripada kad kredit berkaitan gereja.
Lelaki tersebut didapati telah melakukan sebanyak 2,000 transaksi dengan tanda ‘game’ dalam dokumen sejak September 2019 sehingga Jun 2022, lapor cbsnews.com.
Menerusi soal siasat bersama pihak berkuasa, Kozak mendakwa menghabiskan duit terhadap aplikasi permainan game bukan untuk berjudi tetapi memastikan dirinya kekal ‘berkuasa’.
Dia kemudian dijatuhi hukuman kerana didapati mencuri, tidak amanah dan menceroboh akses tanpa kebenaran.
Kazok kemudian diketahui telah menulis surat permohonan maaf kepada ketua pader di gereja tempatnya berkhidmat sebelum dipecat kerana telah merosakkan reputasi.

BERITA TRENDING: Paderi Terkenal Peluk Islam Lepas 45 Tahun, Tukar Nama Abdul Rahman

PILIHAN PEMBACA: Sahut Mimpi, Paderi Peluk Islam & Kini Tunai Haji
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar