Paralimpik Paris 2024: Transgender Pertama Buat Penampilan Di Kota Cinta
Pelari pecut yang mengalami cacat penglihatan, Valentino Petrillo, bakal mencipta sejarah apabila atlet transgender pertama akan bertanding dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 pada 28 Ogos hingga 8 September depan.
Merupakan seorang lelaki
Atlet berusia 50 tahun itu dipilih untuk mewakili Itali dalam acara T12 200m dan 400m wanita.
Sebelum ini, Valentino merupakan seorang lelaki dan telah memenangi sebanyak 11 gelaran peringkat kebangsaan malah, dia terus konsisten menggondol pingat gangsa dalam acara 200m dan 400m di Kejohanan Olahraga Para Dunia sejak bertukar jantina kepada seorang wanita.
ARTIKEL BERKAITAN:Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Ke Paris 2024 Dilancarkan! Netizen Bagi Reaksi Positif – “Baju Cantik!"
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: “Pasukan Harap Saya Boleh Reconsider...” - Datuk Azizulhasni Awang Tak Jadi Bersara?
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri, Jiggy Mahu Teruskan Tindakan Undang-Undang - “Benda Itu Sudah Jadi perkara Mengaibkan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Gemar Kecam Atlet Negara, Ini Pesanan Jiggy - "Adab Ni Kalau Tiada, Memang Masalah Hati"
Kemasukan atlet transgender dalam sukan wanita kekal sebagai topik perdebatan hangat tatkala badan induk sukan trek dan padang, World Athletics, mengumumkan larangan ke atas wanita transgender daripada bertanding dalam pertandingan kategori di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons, menegaskan Valentino dibenarkan menyertai temasya berprestij itu susulan Kejohanan Olahraga Para Dunia yang disertainya atas dasar melihat dunia sukan bersatu terhadap transgender.
Sumber: Stadium Astro