Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Awal tahun ini menyaksikan beberapa nama besar artis terkenal terpalit dengan isu kontroversi sehingga menyebabkan mereka turun naik mahkamah.
Antara yang hangat diperkatakan sekarang adalah kes penceraian Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, Hafidz Roshdi dan Shuhadah serta Farid Kamil dan Diana Danielle.
Namun di sebalik kesibukan dan kekalutan selebriti menghadirkan diri ke mahkamah, terdapat juga momen-momen epik atau yang paling tidak dapat dilupakan netizen.
Antaranya:
#Puteri Sarah Sebut Sinar Harian
Semasa ditemu bual wartawan tentang perasaannya terhadap suaminya, Syamsul Yusof, Puteri Sarah menjawab dia sudah tiada sebarang rasa.
Puteri Sarah juga meluahkan rasa hairan dengan tindakan suaminya yang enggan melafazkan talak sedangkan sudah tidak lagi mengambil tahu mengenai perihal dirinya sejak setahun lalu.
“Dia tak nak melepaskan Sarah, dia kata masih ada sinar… Sinar apa? Sinar Harian?” ujarnya.
BACA: “Just Let Me Go, Mohd Syamsul!” - Tiada Lagi Perasaan Cinta, Puteri Sarah Harap Dilepaskan Cara Baik
Kata-kata Puteri Sarah itu membuatkan netizen berasa lucu.
#Syamsul Tanda Allah Yang Satu
Tiada sebarang kata-kata, pelakon Syamsul Yusof yang keluar dari dewan mahkamah selepas selesai prosiding sebutan pertama kes perceraian yang difailkan isterinya Puteri Sarah hanya menunjukkan isyarat ‘peace’ dan ‘Allah Yang Satu’.
Meskipun diasak pertanyaan pihak media, Syamsul, 39, bagaimanapun tetap mengunci mulut lalu berlalu pergi.
BACA: Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah, Syamsul Yusof Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’
#Farid Kamil Bawa Bunga & Cincin
Aktor Farid Kamil tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestar dengan membawa sejambak bunga mawar merah.
Farid yang kelihatan tenang memaklulmkan bunga itu hadiah mahu diberikan buat isteri tercinta, Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama.
Tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang dan tersenyum sambil sejambak bunga mawar bewarna merah.
BACA: Farid Kamil Bawa Sejambak Bunga Ke Mahkamah Untuk Diana Danielle- “Sebagai Tanda…”
#Diana Danielle Jawab Soalan In Character
Tidak hanya dipuji cantik ketika hadir ke mahkamah, Diana Danielle juga menjadi perhatian apabila netizen menyukai cara ibu kepada dua cahaya mata ini menjawab soalan media.
Apa paling melucukan adalah apabila wartawan mengejar Diana sehingga hampir masuk ke dalam kereta yang sepatutnya dinaiki isteri Farid Kamil itu.
Pakaian Hafidz Roshdi sewaktu menghadiri mahkamah menjadi perhatian netizen.
Hafidz hadir dengan memakai jaket dan juga kaca mata hitam. Bagaimanapun ramai yang bergurau dengan mengatakan Hafidz baru pulang dari bercuti di negara bersalji.