Laman Utama

“Just Let Me Go, Mohd Syamsul!” - Tiada Lagi Perasaan Cinta, Puteri Sarah Harap Dilepaskan Cara Baik

gempak
Asyikin Mayudin
07/03/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Just Let Me Go, Mohd Syamsul!” - Tiada Lagi Perasaan Cinta, Puteri Sarah Harap Dilepaskan Cara Baik
“Dah tak ada!” Itulah jawapan aktres Puteri Sarah Liyana apabila ditanya mengenai perasaannya kini terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah, 38, berkata dia berasa hairan dengan tindakan suaminya yang enggan melafazkan talak sedangkan sudah tidak lagi mengambil tahu mengenai perihal dirinya sejak setahun lalu.
“Dia masih tidak mahu melepaskan saya kerana mengatakan masih ada sinar. Sinar apa? Dia tak nak lepaskan saya kerana dia rasa masih boleh berdamai lagi.
“Dia kata masih ada sinar, sedangkan saya masuk hospital haritu pun tak jenguk, tak tanya khabar, sinar apa? Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian.
“Saya sangat terkejut kerana ingatkan dah setahun block (sekat panggilan mesej). Saya sudah setahun tidak bertemu dia dan selepas setahun, ini baharu pertama kali saya berjumpa dengannya.
“Apa yang ada sinar lagi? Biarkan saya pergi. Dia macam biasa hanya hubungi atas urusan anak-anak. Sekarang ini, dia nak mencelah pula. Just let me go Mohd Syamsul,” katanya kepada Gempak.
Menurut Puteri Sarah, dia hanya ingin dilepaskan dengan cara baik memandangkan suaminya sudah mempunyai isteri baharu iaitu Ira Kazar.
“Saya harapkan supaya saya dilepaskan dengan baik. Jangan susahkan lagi keadaan. Untuk apa? Awak dah kahwin baharu, pergilah dekat isteri sana. Saya tak marah. Saya mendoakan dia hidup bahagia dengan isteri baharu. Lepaskan saya.
“Dah ada isteri baharu, lepas tu tak ambil kisah pun fasal saya. Kenapa tiba-tiba hari ni baru nak berdamai. Kalau hari ini baharu nak tersedar, nak terhantuk, dah terlambat.
“Perbincangan itu sepatutnya berlaku tiga tahun lepas, kepada orang-orang di luar yang kata saya menghalang poligami, korang semua sebenarnya tak tahu apa yang berlaku.
Susulan tindakan Syamsul yang enggan melepaskan Puteri Sarah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Terdahulu, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024