Pemilik Pasar Mini Terlibat ‘One By One Gentlemen’ Menyesal Bergaduh - “Kalau Diberi Pilihan, Saya Tak Mahu Kejadian Itu Berlaku”
Individu yang pernah terlibat dalam pergaduhan ‘One By One Gentlemen’ iaitu Goh Yap Eng, pemilik pasar mini Kim Leong berkongsi mengenai insiden tersebut.
Bukan Disebabkan Mabuk
Goh Yap Eng menegaskan kejadian yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki singlet putih itu bukan disebabkan dalam keadaan mabuk seperti yang didakwa beberapa pihak.
“Hari itu insiden one by one gentlemen, bukan kita yang minta. Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum, atau mabuk. Sebab ada orang kata mabuk la, tapi bukan. Setiap orang mabuk ada tahap dia.
“Contoh kalau saya mabuk, saya akan duduk diam-diam, saya pergi tidur, tengok TV, layan muzik. Tapi kalau seseorang guna minum sebagai alasan, lepas itu dia boleh mengamuk dan buat apa-apa saja, jangan melebihi tahap itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Berdamai... Lelaki Singlet Putih, Pemilik Kedai Runcit Berjabat Tangan
ARTIKEL BERKAITAN: Kena Jirus Air Paip Gara-Gara Kantoi Skodeng Wanita Dalam Tandas Pusat Beli-Belah Di Batu Pahat
“Sebab kita peniaga, kami harap semua pelanggan dan peniaga kedai sentiasa hormoni,” katanya menerusi temu bual yang dikongsikan di Instagram BFMradio.
Tak Dapat Tidur
Pada perkongsian yang sama, Goh Yap Eng turut mendedahkan dia tidak dapat tidur disebabkan kejadian tersebut.
“Ketika video saya menjadi viral, hari rabu malam itu, saya tak boleh tidur sampai Khamis. Lepas itu hari khamis polis menahan saya, duduk lokap selama dua hari.
“Sampai Sabtu petang, saya keluar, saya tak boleh tidur. Kalau diberi pilihan, saya tak mahu kejadian hari itu berlaku,” ujarnya.