Sekeping foto tular memaparkan dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai runcit di Pulau Pinang baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Menerusi foto berkenaan, dua lelaki terbabit dilihat berjabat tangan di hadapan dua pegawai polis.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega melihat perdamaian antara kedua-duanya.

Malah, ada yang memuji tindakan pihak berkuasa mendamaikan kedua-dua mereka.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.

Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

BERITA TRENDING: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

BERITA TRENDING: Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”

BERITA TRENDING: Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal…

BERITA TRENDING: Shidee Nafi Panas Baran, Minta Alihkan Kaki Punca Berbalah Dengan Abang Ipar