Laman Utama

Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia Mengaku Sudah Lupakan Dadah Lepas 4 Tahun Dipenjara

Maliah Surip
06/04/2023
00:57 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia Mengaku Sudah Lupakan Dadah Lepas 4 Tahun Dipenjara
Vokalis kumpulan Zivilia, Zul diketahui sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki dan mengambil najis dadah.
Zul dipenjarakan selama 18 tahun dan sudah melalui empat tahun waktu menjadi banduan di salah sebuah penjara di Jakarta Selatan.
Terkini, penyanyi yang cukup terkenal dengan hit Aishiteru itu mengaku menghabiskan masa selama empat tahun di penjara dengan memperbaiki dirinya.
Kata Zul, dia telah melalui banyak pengalaman dan pengajaran hidup sehingga mengubah dirinya menjadi lebih baik.
“Banyak pelajaran baharu yang saya lalui dan menjadikan saya lebih baik serta tahun diri.
“Saya selalu berusaha menjadi lebih baik. Lebih bijak menghargai orang, keluarga dan isteri,” kata Zul seperti dilaporkan Detik.com.
Tambah Zul, paling penting adalah dirinya sudah tidak lagi bergantung harap kepada dadah yang pernah menjadi kepentingan dalam hidupnya.
“Dulu saya sangat susah mahu meninggalkan dadah. Tapi sekarang alhamdulillah sudah bersih total.
“Saya tidak pernah terfikir untuk kembali mencuba barang haram tersebut,” tegasnya.
Pada 2019, penyanyi itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi. Dia juga dipercayai terbabit dengan rangkaian jual beli dadah dari luar negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar