Berita

PLKN 3.0 Dilaksana Bermula Jun 2025 Dengan Format Baharu

Gempak
11/07/2024
05:30 MYT
Sponsor Banner
PLKN 3.0 Dilaksana Bermula Jun 2025 Dengan Format Baharu
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu, menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ada fasa

Beliau berkata, PLKN 3.0 terbahagi kepada Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar tingkatan empat yang akan dilaksanakan di sekolah ketika kegiatan ko-kurikulum, dan Fasa PLKN Asas melibatkan remaja 17 tahun dan ke atas.
Kedua-duanya, Fasa Pra PLKN dan projek rintis bagi Fasa PLKN Asas dijangka diperkenalkan seawal Jun tahun hadapan, katanya ketika menjawab soalan asal Zahari Kechik (PN-Jeli) yang bertanyakan status terkini pelaksanaan semula program itu pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata, Fasa PLKN Asas yang menerapkan 30 peratus modul asas kenegaraan dan 70 peratus latihan ketenteraan, dijangka dilaksanakan bermula April 2026 di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruangan Komen Diserang Netizen, Syazwan Zulkifly Nafi Pelakon Yang Belasah Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah Warga Emas Sampai Muka Bengkak & Patah Tulang Pipi, Pembuli Jalan Raya Direman 4 Hari

"Pelatih PLKN juga diberi peluang menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang mereka minati. Modul bagi setiap latihan, khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan itu berbentuk intensif, lapangan dan praktikal,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata bagi pelaksanaan projek rintis Fasa PLKN Asas itu, setiap kem akan dihadkan kepada satu jantina sahaja susulan terdapat cadangan bagi perkara itu.
"Bagi Kementerian Pertahanan, kita akan mulakan projek rintis di dua kem wataniah daripada 13 kem yang kita ada dan ia melibatkan penyertaan 1,000 peserta.
"Memang ada cadangan supaya tidak bercampur (jantina bagi satu kem), jadi satu kem kita akan hadkan kepada satu jantina sahaja," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai langkah kerajaan bagi mengatasi isu gangguan seksual di kem-kem PLKN yang dilaporkan sebelum ini.
Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa modul asas kenegaraan dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi, mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara, dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.
Modul Asas Ketenteraan pula dibangunkan Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan dan pelatih akan dilatih mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa, tersusun (organised), dan mandiri (independent), katanya.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar