gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan

Amri Hassan
Amri Hassan
25/07/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan
Baru pegang lesen L, tapi dah memandu Ferrari merah menyala? Itulah yang berlaku kepada anak lelaki usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, yang kini mencuri perhatian ramai selepas video belajar memandunya tular di TikTok.
Dalam rakaman berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh Ammar sendiri, remaja berusia 17 tahun itu dilihat sedang menjalani sesi latihan memandu, bukan dengan Kancil atau Myvi seperti orang kebanyakan, tetapi dengan sebuah Ferrari mewah dipercayai bernilai jutaan ringgit.
Difahamkan, sesi latihan dijalankan di kawasan tertutup dengan pengawasan seorang individu yang memberikan tunjuk ajar secara peribadi.
“Ini kali pertama saya belajar bawa kereta dan secara peribadi, saya belajar bawa kereta pun dekat lapangan terbang,” ujar Ammar dalam kapsyen video tersebut.
Namun, yang paling mencuri perhatian netizen tentunya bukan kemahiran memandu Ammar tetapi pilihan kereta yang digunakan.
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi, daripada terkejut hingga ke seloroh, apabila netizen mula membandingkan pengalaman pertama mereka di jalan raya.
@ammarahyan2008 Sebenarnya saya #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound - Ammar Ahyan
“Pertama kali belajar memandu, terus pakai Ferrari… level kau gempak dik,” tulis seorang pengguna.
“Anak orang lain belajar dengan Kancil atau Myvi, anak Datuk terus Ferrari. Tapi ingat ya, Ferrari tu bukan tempat belajar main-main,” komen Shahril, berserta emoji ketawa.
“Inilah beza T20 dan B40. T20 belajar bawa Ferrari, saya dulu belajar guna Kancil manual pintu sebelah hampir tercabut,” seloroh Nurul Shakirah Rosli.
“Okey dik, nanti dah pandai drive, jemput kita lepak ramai-ramai naik Ferrari tu,” usik seorang lagi pengguna.
Topic Berkaitan
#Viral
#Aliff Syukri
#Ferrari
#Ammar Ahyan
#Memandu
#Driving
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement