Berita
Pornografi Boleh Menyebabkan Masalah Mati Pucuk - Pakar Kesihatan Lelaki
Perbuatan menonton video lucah atau sebarang kandungan berbentuk pornografi, berpotensi membawa kepada masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang.
Menurut doktor kesihatan lelaki, Him Wellness Dr Ahmad Samhan Awang, apabila seseorang itu sudah mencapai kepada tahap 'ketagih' dalam menonton kandungan tidak bermoral itu, masalah rangsangan akan berlaku.
BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis
BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam
BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh
"Jika mereka mengalami masalah ketagihan pornografi, di manakah kecederaan tersebut?
"Kecederaan tersebut ada pada otak mereka iaitu spesifiknya 'frontal lobe' atau bahagian depan otak.
"Ini menyebabkan mereka mengalami masalah 'self-control' atau kesukaran mengawal diri dan menjejaskan penghantaran maklumat ke otak.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
"Jadi perkara inilah yang membawa kepada masalah mati pucuk dan ejakulasi pramatang,"ujarnya.
Katanya lagi, gambaran yang dilihat pada video atau kandungan lucah akan menimbulkan persepsi yang tidak benar berkenaan dengan ukuran zakar.
Hal ini sekaligus menyebabkan masalah keyakinan diri dan menganggap ukuran zakar sendiri adalah tidak normal meskipun ukurannya normal.
Selain itu, ujarnya lagi, faktor-faktor yang sebenarnya menyumbang kepada masalah mati pucuk termasuklah masalah penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi atau kolestrol termasuk amalan tidak sihat seperti merokok.
Beliau turut memberi saranan agar para lelaki tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital.
Ilmu kesihatan lelaki itu dikongsikan beliau dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
Sumber: Awani