Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

Amri Hassan
20/11/2024
10:30 MYT
Sponsor Banner
A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Memetik laporan Hindustan Times, peguam Saira, Vandana Shah telah berkongsi kenyataan rasmi tentang perpisaan anak guamnya.
Dalam kenyataan itu, pasangan itu telah melalui ketegangan emosi yang berpanjangan, tekanan dan kesukaran, hingga mencetuskan jarak antara satu sama lain.
Saira menyifatkan keputusan untuk berpisah itu dilalui dalam keadaan yang pahit dan menyakitkan, dalam masa sama menegaskan pihaknya perlukan masa untuk bersendiri ketika tempoh sukar ini.
Selepas kenyataan tersebut, A.R Rahman, 57, berkongsi di platform media sosialnya dengan menulis tentang perjalanan hidup mereka.
"Kami harap dapat melewati usia 30 tahun bersama, namun tidak semuanya berjalan seperti yang diimpikan.
"Kepada kenalan kami, terima kasih atas budi baik dan rasa hormat terhadap kami sepanjang melalui fasa yang merapuhkan ini," tulisnya.
A.R. Rahman dan Saira telah berkahwin pada 1995 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khatija, Raheema dan Ameen.
Jodoh kedua-duanya telah ditetapkan oleh ibu A.R. Rahman yang memainkan peranan penting dalam hidup dan kejayaan kariernya.

BERITA TRENDING: A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

BERITA TRENDING: A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

BERITA TRENDING: Kuasa Di Hujung Jari Korang, Peminat Boleh Undi 40 Track Lagu Untuk AR Rahman Live In KL!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar