Hiburan

Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”

Umirah Halim
10/06/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi respons susulan penerimaan beberapa komen berbaur kecaman daripada segelintir warga maya terutamanya kaum lelaki susulan perkongsiannya berhubung rutin harian sebagai seorang isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Tidak semua wanita harap duit lelaki

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, meluahkan pendapatnya bahawa tidak semua wanita mengharapkan duit daripada lelaki untuk hidup mewah.
Sebaliknya, ramai wanita zaman sekarang sudah bekerjaya dan memiliki kewangan sendiri selain tidak bergantung kepada lelaki.

"Kepada lelaki yang bitter diluar sana, jangan risau kami wanita tak perlukan duit anda, Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak be financially independent.

"Walaupun hanya duduk di rumah kami tahu nak provide diri sendiri macam mana dan buat apa sahaja dengan sendiri. Tak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat.
BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin…
"Stop cakap banyak sangat, level up your life pergi kerja. haha," tulisnya menerusi perkongsian tersebut.
Sementara itu, aktres drama Jodohku Babysitter itu turut berpendapat bahawa lelaki yang baik akan sentiasa memastikan keluarga dan isterinya berada di dalam keadaan yang selesa.
BERITA TRENDING: Netizen Tuduh Intan Najuwa Cucuk Bibir, Ini Respons Tuan Badan…
BERITA TRENDING: Ada Yang Tanya Kenapa Suami Nampak Kurus, Ada Juga Yang Perasan Penampakan Baby Bump… Ini Respons Intan Najuwa!
BERITA TRENDING:Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji
"Hanya lelaki sejati sahaja yang pastikan isterinya hidup dengan selesa tanpa argument apa-apa.
"Kalau dia lelaki sejati dia tahu apa yang terbaik untuk isteri dan keluarga dia. Yang bitter semua duduk diam je sebab korang tak faham," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Intan memberitahu bahawa hidupnya sejak kebelakangan ini sangat produktif kerana hanya meluangkan masa bersama suami termasuk tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah.
Terdahulu, Intan dan Azraf diijabkabulkan pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.
Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupannya sebagai seorang isteri kerap mencuri tumpuan ramai kerana dimanjakan dengan kehidupan dan barangan mewah oleh suami tercinta.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
BERITA TRENDING: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar