UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Rapat Seperti Keluarga, Kehilangan Pengurus Beri Kesan Mendalam Buat Krisdayanti - “Kami Boleh Diibaratkan Seperti Siti & Kak Rozi…”

Mya Amri 11/02/2025 | 03:57 MYT
Kehilangan pengurus yang sudah dianggap seperti keluarga iaitu arwah Selby Anwar ternyata meninggalkan kesan mendalam terhadap penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

Sangat rapat dengan pengurus Menurut Krisdayanti, sudah tentu mereka mempunyai banyak kenangan manis bersama termasuklah diawal pembabitan dalam industri seni.
“Tahun 98 ketika saya masuk ke Malaysia untuk mempromosikan album Menghitung Hari pun dia sudah ada bersama.

“Kami telah bersama sepanjang 32 tahun dan bekerjasama dengan orang yang memiliki dedikasi perjuangan, saling mengisi kekurangan antara satu sama lain tentunya boleh diibaratkan seperti Siti dengan Kak Rozi.

“Jadi kami berdua pun sama walaupun tidak ada ikatan persaudaraan tapi semuanya menjadi begitu lengkap bahkan lebih dari saudara,” jelasnya.
Krisdayanti berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan dan sound check konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.

Cipta banyak kenangan bersama Tambah Krisdayanti lagi, kesetiaan dan dedikasi arwah dalam bekerja mungkin sukar untuk ditemui pada individu lain dan sudah pastinya tidak akan sama seperti mana caranya.
“Yang tak boleh lupa tentunya dedikasi dan royalti, kesetiaan yang ada pada dirinya. Mungkin sulit untuk mencari kesetiaan.

“Untuk menyamai suka duka bersama yang lebih dari tiga dekad, pada saya itu yang jarang ditemui sekarang dari segi kesetiaan.

“Jadi yang tak boleh dilupakan adalah bagaimana dia mendampingi saya dalam keadaan suka dan duka kerana dalam apa pun proses, baik keluarga, karya, peribadi, semuanya dia tidak pernah menjadi orang lain,” kongsinya.
Dalam pada itu, Krisdayanti berpesan walau sekuat mana bekerja, jangan lupa untuk meluangkan masa dengan diri sendiri dan berehat.
“Semoga ini menjadi pengalaman kita bahawa para pengurus, yang berkecimpung dalam bidang ini haruslah terbuka walau apa pun sakitnya. Walau apa pun masalah yang dialaminya.
“Kita harus tahu diri bahawa kita perlu istirehat, kadang-kadang kita terlalu senang tapi kita melupakan istirehat jadi semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Duet Dengan Krisdayanti, Liza Aziz; "Saya Tak Boleh Tokok Tambah Sebab Nanti…”

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Krisdayanti Harap Liza Aziz Ada Potensi Juara - “Suaranya Sangat Jernih, Perfect Tone, High Pitch, Luar Biasa…”

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Titip Ucapan Duka - “Terima Kasih Untuk Bersama Sejak 1993”

ARTIKEL BERKAITAN:Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”

ARTIKEL BERKAITAN:Masuk Ladang Kentang, Kasut Krisdayanti Jadi Bualan Netizen

Terdahulu, Krisdayanti berkongsi khabar duka apabila pengurus kerjayanya, Selby Anwar, meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus dia memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
Dari permulaan album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia, Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjayanya.
#Krisdayanti #Meninggal Dunia #Indonesia #Pengurus
;