Hiburan

Ray Sertai SINAR Untuk Segmen Pagi Di Sinar

Firdaus
19/08/2024
04:21 MYT
Sponsor Banner
Ray Sertai SINAR Untuk Segmen Pagi Di Sinar
Penyampai Radio Ray masih meneruskan kerjayanya dalam industri penyiaran radio ke stesen Radio SINAR.
Ray akan kendalikan segmen popular Pagi Di Sinar bersama Jep dan Rahim.

Dijangka Beri Nafas Baru

Trio ini dijangka akan beri nafas baru dan memberikan lebih banyak warna kepada segmen pagi yang digemari ramai.
Pengurus Saluran SINAR Raja Nadia Salwana menyifatkan Ray mempunyai pengalaman luas untuk beraksi dalam bidang penyiaran radio.

“Ray juga mahir dalam selok belok pengendalian segmen pagi radio sewaktu ketika dahulu dilihat mampu membimbing rakan penyampai yang lain.

“Keserasian lebih menjurus kepada Ray selepas beberapa nama yang telah kami senarai pendek ketika proses pemilihan.
Malah, Ray juga namanya tidak asing lagi dalam kalangan pendengar Astro Radio yang inginkan informasi terkini dan bersahaja, katanya.

BERITA TRENDING: Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA

BERITA TRENDING: Giliran Ray Tinggalkan ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

BERITA TRENDING: Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"

BERITA TRENDING: Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

Dengan gabungan unik Jep, Rahim, dan Ray, Pagi Di Sinar akan terus menceriakan pagi para pendengar dengan humor, informasi, dan perbincangan menarik yang pastinya akan memberi impak positif.
Jangan ketinggalan untuk dengarkan Pagi Di Sinar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi hanya di SINAR.
Ikuti SINAR di media sosial rasmi untuk berita terkini dan kandungan eksklusif.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar