Hiburan

"Reka Bentuk & Kayu Mahal, Memang Sangat Cantik" - Syarikat Pemaju Terkejut, Tak Tahu Rupanya Rumah Dirobohkan Milik Sharifah Aini

Awani
03/07/2024
02:00 MYT
Sponsor Banner
"Reka Bentuk & Kayu Mahal, Memang Sangat Cantik" - Syarikat Pemaju Terkejut, Tak Tahu Rupanya Rumah Dirobohkan Milik Sharifah Aini
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini, kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Ambia Sdn Bhd pada bulan lalu.

Tak tahu rumah Sharifah Aini

Menurut wakil syarikat pemaju, CT Tang, mereka pada awalnya tidak mengetahui tapak dan kediaman yang dibeli itu merupakan milik penyanyi terkenal terbabit.
Tambah Tang, syarikat Al-Ambia membeli kediaman itu dengan harga sekitar RM4 juta dan dia terkejut apabila masuk ke salah satu ruangan di dalam banglo itu dan mendapati banyak koleksi kaset dan cakera padat (CD) milik Allahyarham.

“Saya masuk ke salah satu bilik, saya nampak banyak kaset, CD lama milik Sharifah Aini. Saya terkejut. Sebelum proses robohkan rumah dijalankan, saya tidak tahu itu rumah dia (Allahyarham Sharifah Aini).

"Saya tertanya-tanya ini siapa punya rumah. Rumah ini datang dengan reka bentuk dan kayu mahal yang lama. Semua kaset disusun rapi dalam bilik tersebut," katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Projek bangunan pejabat pengurusan

Menurut Tang, projek yang sedang dibangunkan di atas tapak rumah itu merupakan sebuah bangunan pejabat pengurusan tiga tingkat yang dijangka siap dalam masa sekitar tiga bulan.
Tambah Tang, dia turut kagum dan memuji reka bentuk asal banglo besar bernombor 42 yang berkeluasan 20,000 kaki persegi itu.
"Memang sangat cantik reka bentuk rumah asal ini," jawabnya ringkas.

BERITA TRENDING: Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Jadi Roboh, Ini Perkembangan Terkini Rumah Biru Di Kampung Baru

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah…

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

Sementara itu, seorang buruh yang ditemui di tapak itu, berkata sebuah lori membawa keluar semua kaset dan CD milik Allahyarham sekitar bulan lalu.

BERITA TRENDING: Sembilan Bilik Tidur, Perpustakaan & Dewan Acara Kini Tinggal Kenangan, Ini Keadaan Terbaharu Rumah Agam Sharifah Aini Selepas Dirobohkan

BERITA TRENDING: “Sedih Jual Rumah, Tapi Keputusan Yang Betul Untuk Dilakukan” - Anak Allahyarham Sharifah Aini

Seorang kenalan terdekat Allahyarham yang enggan dinamakan dalam pada itu, menyatakan barangan peribadi Allahyarham terutama yang berkaitan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.

Banglo terlalu besar, kos penyelenggaraan tinggi

Beliau berkata, tujuan anak Allahyarham, Aliff Omar Ali, menjual banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu adalah disebabkan terlalu besar untuknya empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.

"Rumah itu terlalu besar untuk didiami empat beranak. Itu tidak termasuk kos selenggara yang mahal. Saya difahamkan bil elektrik sahaja mencecah RM2,000 sebulan. Aliff tiada pilihan lain selain menjual rumah tersebut.

Difahamkan juga, perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga lain selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook.
Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Kediaman gah itu juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Dilengkapi perpustakaan dan dua dapur, banglo tersebut juga mempunyai sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar