Hiburan
“Sedih Jual Rumah, Tapi Keputusan Yang Betul Untuk Dilakukan” - Anak Allahyarham Sharifah Aini
Anak kepada Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali mengakui sedih dengan keputusan menjual kediaman ibunya yang terletak di Petaling Jaya.
Sedih tapi keputusan yang tepat
Bagaimanapun, menurut Aliff, tindakan itu merupakan keputusan yang tepat.“Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang betul untuk dilakukan.
“Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya seperti dilapor Astro AWANIDalam pada itu, Aliff turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih ingat kepada Allahyarham ibunya.
“Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” katanya.
Pada 2018, rumah berkenaan dilaporkan diiklankan di laman Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi terkenal.BERITA TRENDING: Sembilan Bilik Tidur, Perpustakaan & Dewan Acara Kini Tinggal Kenangan, Ini Keadaan Terbaharu Rumah Agam Sharifah Aini Selepas Dirobohkan
BERITA TRENDING: Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Jadi Roboh, Ini Perkembangan Terkini Rumah Biru Di Kampung Baru
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah…
Tinjauan Astro AWANI di tapak rumah itu hari ini mendapati, kediaman itu sudahpun diratakan pemilik baharu tanah untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.Allahyarham Sharifah Aini yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia pada 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun, akibat jangkitan pada paru-paru.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video