Viral

Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!

Gempak
24/04/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Satu iklan mencari peluang pekerjaan viral di media sosial gara-gara satu majikan dari Singapura menawarkan gaji sebanyak RM5,000 untuk mengisi kekosongan ‘jawatan’ penebar roti canai.

Faedah

Tidak hanya gaji yang lumayan dan juga kompetitif, iklan kerja kosong itu turut menjanjikan beberapa faedah sepeti makan, surau dan juga penginapan.
Memetik laporan New Straits Times, pakej gaji tinggi merupakan sebahagian daripada strategi Singapura bagi menarik pekerja mahir dalam bidang yang tidak memerlukan tahap pendidikan akademik yang tinggi tetapi lebih khusus dan kebolehan praktikal.
Hal ini dapat dilihat pada iklan berkenaan yang secara telus menyebut gaji penebar roti canai yang ditawarkan adalah bermula RM5,000 atau lebih menunjukkan kesediaan majikan memberi gaji berpatutan pada pekerja.

Kos sara hidup

Sungguhpun tawaran kerja yang dilihat sangat menarik, pakar industri mengingatkan bahawa kos sara hidup yang tinggi di Singapura mungkin akan memberi kesan kepada tahap kestabilan kewangan di sana.
Naib pengerusi Persatuan Pemilik Restoran dan Bar, Jeremy memberitahu The Straits Times, sungguhpun gaji nampak tinggi, namun ia mungkin cukup untuk menampung gaya hidup yang selesa di Singapura.
Jeremy menegaskan yang perbelanjaan rumahantara $600 (RM2,867) hingga $800 (RM3,823) sebulan untuk satu bilik, di samping kos sara hidup dan pengangkutan harian.
Sumber: NST

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat Singapura Bakal Terima Habuan Bonus Sehingga RM356K… Masyuk!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar