Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

Amri Hassan
21/07/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"

Dalam majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat itu, Ruhainies yang mengenakan jubah berwarna merah jambu dilihat beberapa kali mengesat matanya sebelum meniup lilin kek hari jadinya.
Malah, ketika lagu selamat dinyanyikan sebelum meniup lilin, Ruhainies yang turut mengenakan selendang rona merah jambu itu juga beberapa kali cuba menahan diri daripada menangis.
Difahamkan, majlis berkenaan merupakan majlis tahlil dan doa selamat bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 Ruhainies yang bakal tiba tidak lama lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah 30 orang pelajar daripada sekolah tahfiz.
Untuk info, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas akan memasuki usia ke-32 pada 27 Julai nanti.

BERITA TRENDING: “Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

BERITA TRENDING: "Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

BERITA TRENDING: Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

BERITA TRENDING: Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar