Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

Mya Amri
21/10/2024
06:32 MYT
Sponsor Banner
“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa
Pelakon, Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Haris Ismail masih baharu.

Banyak belajar selepas berkahwin

Menurut Neelofa, sebagai seorang isteri, dia banyak menimba ilmu menguruskan rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.
Bagaimanapun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama.
“Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit ini nampak manis dan bahagia.

“Setiap rumah tangga ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing. “Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.

“Apa yang boleh, selagi seorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kit & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Nasihat dalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Neelofa juga menasihati adik-adik yang ini mendirikan rumah tangga untuk mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebagai persediaan awal.

“Saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan. “Untuk adik-adik yang nak kahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Ilmu itu sangat membantu,” ujarnya.

Untuk info, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Beli Keperluan Rumah, Reaksi Nora Danish Pula Jadi Perhatian - “Seronoknya Kehidupan Macam Itu”

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Kongsi Video Memasak, Netizen 'Usha' Benda Lain Pula...

ARTIKEL BERKAITAN:PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024