Hiburan

"Saya Akan Jelaskan Di Sidang Media Jumaat Depan" - DJ Lin

Gempak
13/01/2024
23:38 MYT
Sponsor Banner
"Saya Akan Jelaskan Di Sidang Media Jumaat Depan" - DJ Lin
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo berkuat kuasa sejak kelmarin.

BERITA TRENDING: "Jalinan Kerjasama Bersama Tyzo Satu Tempoh Yang Baik" - DJ Lin

DJ Lin ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia terpaksa ‘mengunci mulut’ buat ketika ini selepas menerima arahan daripada pihak pengurusan tertinggi untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu tersebut.
“Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Tyzo Dedah Dipaksa Undur Diri Jadi Penyampai Radio - “Minta Maaf Ini Bukan Keputusan Saya”

Bagaimanapun, penyampai radio berusia 49 tahun itu berkata, satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan untuk menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
“Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.
“Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkansehingga Jumaat nanti,” katanya.

BERITA TRENDING: “Nama Tyzo Pun Kau Tak Hantar Untuk ABPBH 2023 Walaupun…” - Penyampai Radio Selangor FM

Semalam, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.
Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain menerusi hantarannya dalam Facebook meluahkan kekesalan hati apabila mengakui tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.
Dia itu turut menyifatkan penyingkirannya sebagai harga yang terpaksa dibayar, impak daripada kemenangan meraih anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular tahun lalu.
Susulan itu, ramai pendengar setia menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM.
Sumber: Kosmo! Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar