Viral

“Saya Nak Jaga Anak-Anak Tapi Dia…” - Cik Epal Luah Rasa Rindu, Sentiasa Doa Untuk Disatukan Dengan Han & Yuki

Asyikin Mayudin
17/01/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Nak Jaga Anak-Anak Tapi Dia…” - Cik Epal Luah Rasa Rindu, Sentiasa Doa Untuk Disatukan Dengan Han & Yuki
Pempengaruh dan usahawan Cik Epal meluahkan rasa kerinduan terhadap dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki.

Letak syarat

Menurut Cik Epal, dia sememangnya mahu menjaga dua orang anaknya yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan namun bekas suaminya iaitu Jofliam meletakkan pelbagai syarat untuknya.

“Bagi saya, tanggungjawab dan naluri ibu mesti teruja untuk menjaga Han dan Yuki. Saya sebenarnya rindu sangat-sangat dengan anak-anak saya.

“Saya nak jaga anak saya tapi Jo letak macam-macam syarat. Saya tidak putus-putus berdoa untuk kesembuhan anak-anak saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Cik Epal turut memberitahu dia dan Jofliam sudah berbincang dengan cara baik soal penjagaan anak sebelum ini.

Hak penjagaan

Namun disebabkan isu melibatkan Jofliam dan wanita yang dikaitkan iaitu Dewi, Cik Epal berkata dia sudah memfailkan permohonan baharu untuk hak penjagaan anak-anak di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Tak Boleh Tahan Dah! Geram Dengan ‘Penyondol’ - “Awak Takkan Faham Macam Mana Sakitnya Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Kau Tak Pernah Mengandung & Melahirkan, Diam Jelah” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bernikah Tak Lama Lagi, Jofliam Kini Bahagia! Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi - “Selalu Datang Tapi Tak Pernah Tidur Rumah”

“Sebenarnya kami dah berbincang pun cara baik. Hak bermalam anak dah dibahagi sama rata. Seminggu saya dan seminggu dia.

“Cuma dengan keadaan Jo dan Dewi yang tidak bermoral sekarang, saya sudah failkan saman ubah perintah di mahkamah.

“Dalam masa terdekat ini saya akan berbincang balik tentang hak penjagaan anak-anak di mahkamah. Saya berharap urusan saya dipermudahkan dan saya dapat bersatu dengan anak-anak semula.
“Saya berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan saya mendapat hak penjagaan Han dan Yuki yang sepatutnya. Doakan saya,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024