Viral

"Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

Mya Amri
27/06/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
"Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil
Topik hangat di media sosial pada ketika ini adalah mengenai perkongsian kisah wanita dikenali sebagai Linda yang merampaa kebahagiaan kakak sendiri disebabkan perasaan dendam.

Bangga dan puas hati rampas suami kakak sendiri

Linda mendedahkan perkara itu dalam segmen 3 pagi ERA yang dikendalikan oleh penyampai radio berkenaan iaitu Radin, Nabil Ahmad dan Azad.
Menerusi panggilan telefon, Linda berkongsi cerita berkenaan topik yang dibincangkan iaitu khianat adik beradik.
Menurut Linda, dia berasa bangga kerana dapat merampas kebahagiaan hidup kakak kandungnya sendiri.

“Saya buatkan kakak dengan abang ipar saya bercerai sebab saya rembat suami kakak saya itu.

“Ya saya ambil abang ipar saya. Sebenarnya saya dengan kakak memang tak baik daripada kecil. Tak baik tu sebab saya banyak berdendam dengan dia,” katanya membuka cerita.

BERITA TRENDING: "Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid" - Bella Astillah

BERITA TRENDING: “Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz

Tak menyesal jadi perosak rumah tangga kakak sendiri

Tidak menyesali perbuatannya, kata Linda lagi sedari kecil dia sering berasa iri hati kerana kakaknya itu lebih pandai dalam bidang akademik selain mendapat banyak perhatian oleh ibu bapa mereka.
“Sejak kecil dia selalu lebih daripada saya. Malah dari segi belajar, mak ayah kami pun selalu lebihkan dia. Jadi sejak tu saya memang sudah berdendam dengan dia.

“Sekarang ni saya adalah isteri kepada abang ipar saya itu. Saya bangga sahaja sebab saya dendam dengan kakak saya tu dah lama.

“Sekarang ni saya pun dah tak ambil tahu tentang hal kakak dan juga keluarga sebab saya hanya dengan suami sahaja,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Tak Dapat Tahan Menangis, Netizen Sebak Lihat Ayden Lap Air Mata Bella - “Mummy Lahirkan Saya...

BERITA TRENDING: Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Anak - “Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih”

BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

BERITA TRENDING: “Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu

Sengsara kakak, buat Linda rasa bahagia

Tambah Linda lagi, dendam terbesarnya adalah apabila kakaknya sering berjodohan dengan lelaki kaya.
“Cinta tu mestilah ada tak akan kita nak kahwin tanpa rasa cinta. Tapi memang mula-mula terjadi tu sebab dendam.
“Sebab kakak saya ni dia selalu dapat orang kaya, yang suami saya sekarang ni memang kayalah.

“Lagi satu saya selalu tengok dia gembira malah posting- postingnya juga sama. Saya ini macam tak ada orang nak sangat dan sejak daripada itu, itulah dendam paling besar.

“Bila saya nampak dia kahwin, dia bahagia, itulah titik permulaannya. Bagi saya… saya memang bangga dengan benda itu.

“Sebab apa yang saya nak selama ini saya dapat dan sekarang ni hidup kakak saya tu saya tahu mesti dia tengah sengsaralah. Sengsara dia tu buat saya rasa bahagia,” jelasnya.

Berikut merupakan perbualan penuh Linda di segmen 3 Pagi ERA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar