Hiburan

Sering Dikutuk Gemuk & Hitam, Aya Amiruddin Tak Ambil Pusing Kritikan Orang - "Aya Dah Sebati Dengan Diri Sendiri"

Firdaus
10/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Sering Dikutuk Gemuk & Hitam, Aya Amiruddin Tak Ambil Pusing Kritikan Orang - "Aya Dah Sebati Dengan Diri Sendiri"
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin berkongsi dia tidak pernah ambil pusing terhadap kata-kata orang berkaitan fizikalnya.

Tak Kisah Mulut Orang

Menurut Aya atau pemilik nama sebenar, Fidya Natsha Amiruddin berkata dia sudah lali dengan kritikan dan kini hanya mahu lebih fokus terhadap kerjayanya.

"Sebenarnya bukan daripada sekarang Aya dapat kritikan, daripada kecil lagi Aya dah hadap perkara ini.

"Dulu lagi teruk, sebab dulu lagi gemuk dan hitam. Jadi Aya dah sebati dah dengan diri sendiri, dan apa yang orang cakap sekarang ni tak berapa memberi kesan pun," jelasnya.
Bercerita lebih lanjut tentang karier lakonannya, influencer berusia 27 tahun tersebut menyatakan dirinya tidak mengimpikan sebarang watak spesifik buat masa ini.
"Aya apa-apa watak pun Aya ambil je. Watak posmen ke, dispatch ke Aya okay sahaja. Nak hidup punya pasal.
"Tapi kalau orang bagi tanggungjawab untuk melakonkan sesuatu watak, Aya akan cuba sebaik mungkin untuk jayakan," katanya.

BERITA TRENDING: Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

BERITA TRENDING: “Kakak Ni Anak Mike Tyson Ke?” - Nampak Macam Sensitif Tapi Jawapan Aya Buat Netizen Kagum!

BERITA TRENDING: "Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

BERITA TRENDING: Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

Dalam perkembangan terkini, Aya membintangi filem berjudul Pontianak 200KG yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua.
Selain Aya, filem berkenaan turut dibintangi oleh Ziana Zain, Wanns Ahmad, Niezam Zaidi, Dottie dan Ropie.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar