Laman Utama

“Kakak Ni Anak Mike Tyson Ke?” - Nampak Macam Sensitif Tapi Jawapan Aya Buat Netizen Kagum!

gempak
Hanafis Haris
12/05/2022
01:15 MYT
Sponsor Banner
“Kakak Ni Anak Mike Tyson Ke?” - Nampak Macam Sensitif Tapi Jawapan Aya Buat Netizen Kagum!

Tiktokers popular Aya Amiruddin sekali lagi mengundang tawa netizen apabila menerima pelbagai soalan aneh dan pelik.

Jika sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Sean Kingston, terbaru ada pula netizen yang bertanya sama ada Aya mempunyai hubungan keluarga dengan peninju lagenda Mike Tyson.

“Assalamualaikum kak, kakak ni anak Mike Tyson ke,” soal pengguna Tiktok tersebut.

Soalan berkenaan kemudian membuat Aya ‘gelak besar’ apabila terhibur dengan teori berkenaan.

Namun, Aya dengan bersahaja menjawab dia bukanlah seperti yang disangka oleh individu tersebut.

“Kalau aku anak Mike Tyson, aku tak payah buat video-video ni semua,” jawabnya.

Situasi berkenaan kemudian membuat ramai terhibur, namun pada masa sama kagum dengan kecekalan Aya menjawab pelbagai soalan yang boleh dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.

Malah, ramai yang memuji cara santai Aya apabila menjawab segala soalan pelik berkenaan.

Terdahulu, gadis berdarah kacukan Malaysia - Afrika ini pernah mengatakan dia tidak pernah berkecil hati apabila ada yang keliru dengan identiti asalnya.

Jelas Aya, ibu kandungnya berbangsa Melayu manakala bapa warganegara Nigeria.

“Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi.

"Dari kecil saya dah hadap macam-macam pertanyaan. Pergi ke mana-mana, orang akan tanya,” katanya.

@freakayaisfreak Qna Raya Version. Share sampai Mike Tyson perasan ? #fyp #fypmalaysia #qna #raya2022 #malaysiatrending #viralmalaysia @hennaline_hq ♬ original sound - Aya Amiruddin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live